AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan
suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri.
Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah.
Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah!
Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam.
Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak
pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan
hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

 

Karya hebat dari penulis novel terkenal Aisya Sofea, ADAM DAN HAWA bakal diadaptasikan ke kaca TV.

PELAKON UTAMA

Aaron Aziz – Adam

.

Nadiya Nisaa – Hawa 

.

Kalau korang tak kenal nadia ni,dia ada berlakon dalam cerita CUN bawak watak MANIS (adik Remy Ishak). Tgk gambar kat bawah ni,pelakon filem CUN.

Drama Adam dan Hawa ini akan ditayangkan sebanyak 80 episod menerusi Astro. (Panjang tu sampai 80 epi,lebam la nak follow)

Tempat-tempat yang terlibat dengan pengambaran ialah Taj Mahal di India, Perth di Australia dan juga di Mekah serta di Malaysia sendiri. Tempoh yang diambil untuk tujuan penggambaran ini dianggar sekitar 4 bulan.

Kumpulan Hujan telah dilantik untuk menghasilkan lagu tema untuk drama Adam dan Hawa.  Harap2nya best2 la lagu OST utk drama ni.

* Nadiya Nisaa dalam GLAM March 2012 (3 dari kanan)

Related Posts: